Pada 18 Januari 2022 baru-baru ini, jenama global Tom Ford telah melancarkan Ocean Plastic Sport Watch.
Dicipta oleh Tom Ford Timepieces, Tom Ford 002 Ocean Plastic Sport Watch adalah jam automatik pertama sepenuhnya dibuat daripada plastik kitar semula.
Setiap jam tangan Ocean Plastic Sport dianggarkan menggunakan sekitar 35 botol sisa plastik kitar semula. Tujuannya Tom Ford lakukan ini adalah untuk kurangkan sisa laut.
Jam Tangan Automatik Ocean Plastic Sport Yang Pertama
Tom Ford 002 Ocean Plastic Sport ini dilaporkan adalah jam tangan pertama yang mempunyai pergerakan automatik. Jam ini telah dikeluarkan dalam dua gaya iaitu hitam dan putih.
Info: Tali jam rangkaian ini boleh ditukar ganti kepada warna oren, biru dan kuning.
Jam tangan ini didatangkan dalam sarung bulat berukuran 43mm dengan sarung belakang keluli tahan karat. Talinya pula mempunyai tulisan “Tom Ford” serta diperbuat daripada 100% plastik laut dan kotak kertas kitar semula.
Selain daripada itu untuk jam tangan bukan sukan 002 Ocean Plastic didatangi dalam warna putih dan hitam. Rangkaian ini juga diperbuat dan ditenun khas daripada plastik kitar semula sepenuhnya.
Untuk info, rangkaian Ocean Plastic dilancarkan pada penghujung tahun 2020 kerana mengambil kira kemerosotan alam sekitar kerana plastik di laut.