Rasanya ramai yang tak tahu apa sebenarnya yumeat™ kan?
Untuk info kamu, yumeat™ adalah sebuah jenama baru dalam makanan iaitu makanan yang berasaskan tumbuhan.
Dalam rangkaian ini anda boleh dapatkan daging lunceon yumeat™ dan daging cincang yumeat™. Memang rasa sedap dan sangat berkhasiat!
Sesuai Untuk Si Dia Yang Tak Makan Daging
yumeat™ dilancarkan bertujuan untuk memenuhi keperluan setiap diet. Tak kiralah anda seorang vegetarian, flexitarian, penggemar daging atau mahu teroka rasa baru.
Dengan kelazatan seakan daging sebenar, yumeat™ boleh dimasak secara tumis, bakar, goreng atau kukus mengikut selera masing-masing.
yumeat™ disahkan Halal dan bebas daripada kolestrol, MSG, GMO, antibiotik, natrium nitrit dan bahan pengawet lain.
Selain itu, yumeat™diperbuat daripada soya dan gandum. Manakala daging lunceon yumeat™ mengandungi 7x lebih serat, 23% kurang natrium dan 53% kurang lemak berbanding daging biasa.
Chef Anis Nabilah Kongsi Resepi Sedap Guna yumeat™
Menggunakan produk yumeat™, anda boleh mencuba beberapa resepi yang dikongsi oleh Chef Anis Nabilah iaitu:
# Spaghetti Alfredo Vegan & Daging Lunceon yumeat™
Bahan-Bahan :
- 100g Classic yumeat™ – dipotong menjadi kiub kecil
- 230g spageti rebus
- 100g kacang gajus – direndam dalam air semalaman
- 30g bawang putih – cincang
- 50g bawang besar atau holland – cincang
- 250ml air sup sayur-sayuran
- 3 sudu besar yis
- 1 sudu teh garam laut
- 1 sudu teh lada hitam – dikisar
- 50g cendawan shimeji – buang akar
- 250ml air pasta
- 1 sudu besar parsley Itali – dicincang
- 1 sudu besar bawang besar cincang
- Minyak zaitun
- Garam laut
- Lada tanah
Cara-Caranya:
- Rebus spageti sehingga lembut dengan garam. Kemudian ketepikan spageti dan air rebusan disimpan.
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan tumis dengan bawang putih serta bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan kacang gajus yang direndam semalaman.
- Setelah mendidih, masukkan garam dan lada hitam. Kacau dan tutup api.
- Tuang semuanya ke dalam pengisar dan tambah yis. Kemudian kisar sehingga halus.
- Panaskan semula kuali dan masukkan minyak dan tunggu sehingga panas.
- Masukkan daging lunceon yumeat™ dan goreng sehingga berkaramel sebelum dikeluarkan dari kuali.
- Dalam kuali yang sama, masukkan cendawan shimeji dan tumis sehingga lembut.
- Masukkan spageti dan air rebusan spageti dalam kuali. Gaul rata dan masukkan sos vegan alfredo.
- Kemudian tambah daging lunceon yumeat™ yang digoreng dan gaul rata.
- Tutup api dan tuang spageti dalam pinggan. Hias dengan parsley Itali dan daun bawang.
- Akhir sekali tuang sedikit minyak zaitun, garam dan lada sulah.
Kamu boleh dapatkan produk yumeat™ di Aeon Big, Ben’s, Cold Storage, Jaaya Grocer, Village Grocer, Giant, Hero, Mydin, Lotus, Shopee dan Lazada.
- Daging lunceon berasaskan tumbuhan 360g (Perisa klasik/cili) : RM11.90
- Daging cincang berasaskan pes kacang dan tumbuhan 195g: RM5.80
Untuk maklumat lanjut pula, kamu boleh layari laman web rasmi yumeat™.