Happy Valentine’s Day!
Untuk pengetahuan kamu, cinta tak sepatutnya diraikan setahun sekali tetapi setiap hari tau!
Bersempena dengan Hari Kekasih yang bakal menjelang, jenama Swarovski bakal meraikan hari istimewa ini dengan koleksi terbarunya.
Menerusi koleksi UNA, Swarovski telah mencipta simbol hati dalam bentuk unik yang diperbuat oleh Swarovski Swan. Bentuk hati tersebut dibina menggunakan kepala angsa yang bertemu menjadikan ia simbolik kepada cinta yang abadi.
“Hati sebagai simbol universal untuk cinta merupakan lambang yang sempurna untuk ikon kami, Swan.” – Giovanna Engelbert.
Dalam koleksi UNA, kamu boleh dapatkan sama ada rantai loket berbentuk hati, chockers, anting-anting dan gelang. Rekaan ini walaupun nampak ringkas, tetapi ianya mempunyai makna yang tersendiri.
Rantai Loket UNA [RM 995]
(Tersedia dalam 3 warna: Putih / Merah Jambu / Rose Gold)
Chocker UNA [RM 1100]
(Tersedia dalam 2 warna: Putih / Merah Jambu)
Gelang UNA [RM 665]
(Tersedia dalam 2 warna: Putih / Rose Gold)
Anting-anting Klip UNA [RM 1700]
(Tersedia dalam 2 warna: Putih / Merah Jambu)
Anting-anting Stud UNA [RM 795]
(Tersedia dalam 2 warna: Putih / Rose Gold)
Psst… Kamu bukan sahaja boleh hadiahkan pada si dia sempena Hari Kekasih, tetapi kamu boleh hadiahkan pada diri sendiri juga ye.
Happy shopping!