Pantai, sawah padi, kawasan lalang biasanya menjadi pilihan jurugambar dan pengantin untuk bergambar kenangan pada bagi hari perkahwinan mereka. Iyalah, pasti ramai yang ingin lokasi yang memberi suasana romantik dan indah pada setiap foto mereka. Apa orang kata ‘sekali seumur hidup’ untuk merasai sesi bergambar ala modelling seperti majalah perkahwinan.
Cuma ada pula yang buat kerja aneh dengan memilih lokasi photoshoot yang berbeza. Penulis pilih lokasi ini berdasarkan dari satu studio gambar di Kota Tinggi yang dilihat gemar membawa pengantin mereka ke tempat yang boleh dikatakan agak ‘tidak masuk akal’ untuk bergambar sebagai tema perkahwinan.
- Orang biasa berlatar belakangkan masjid sebagai tanda ‘membina masjid’. Ini lain pula, berlatar belakang penghawa dingin? Takpe, yang penting aura romantik dari pengantin tu ada.
- Niat dihati nak bergambar di ladang UPM Serdang, tapi ladang tebu pula jurugambar bawa pengantin. Suatu yang rare dan jarang sekali dapat dilihat di mana-mana album pengantin. Even gambar kahwin ibu dan ayah Penulis pun takde macam ini. Hehehe.
- Bukan taman bunga, bukan taman rama-rama tapi rumah fertigasi ! Bila lihat gambar ini, buat Penulis tertanya-tanya kenapa jurugambar memilih lokasi ini. Mungkin susun atur cantik pasu-pasu hitam menarik perhatian jurugambar untuk menghasilkan sinematografi yang indah. Mungkin lah? Hmmm…
- Penulis syak jurugambar ini memang ‘orang ladang’. Lagi sekali mereka bawa pengantin ke ladang yang diluar jangkaan iaitu ladang betik ! Lihat sahaja aksi comel dua pengantin ini, even dalam ladang betik pun boleh sweet macam filem hindustan. Auwww~~
- Ini baru tak cliche ! Setakat di pantai tu bila-bila boleh bergambar di sana tapi di sungai siapa boleh buat ? Jangan disangka sungai yang tenang tiada pengantin yang acah beraksi manja. Hehehe. Sesekali bergambar di sungai okay jugak ya, lebih tenang dan sejuk, jauh dari gangguan panas terik matahari dan pasir pantai. Hasil gambar pun feefeling bak Tarzan and Jane.
Penulis merasakan jurugambar bijak memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang cantik walaupun lokasi yang sedikit jauh tersimpang dari ‘sasaran biasa’. Bagi bakal pengantin yang mungkin ada yang inginkan sesuatu yang luar biasa bukan sahaja pada hari perkahwinan malah pada gambar perkahwinan anda. Boleh lah merisik jurugambar yang merakam gambar di atas. Bertuah lah siapa yang tinggal di area Kota Tinggi, agak-agak jurugambar mahu ke ambil job jauh ke Kuala Lumpur ?
Untuk lihat lebih banyak gambar boleh layari Facebook Kun Studio.
Nanti dah nak kahwin, jangan lupa jemput team Wanista yer !