Terkini, Kerajaan Arab Saudi akan memotong 20 peratus gaji menteri-menterinya dan menyusun semula imbuhan kewangan untuk kakitangan sektor awam yang terdiri dari 2/3 pekerja di negara itu.
“Kabinet telah bersetuju untuk memberhentikan dan membantalkan beberapa bonus dan imbuhan kewangan”, kata seorang menteri.
Bonus bekerja lebih masa telah dikurangkan kepada suku hingga separuh daripada gaji asas, manakala cuti tahunan mungkin akan dikurangkan supaya tidak melebihi 30 hari.
Selain itu, elaun perumahan dan kereta untuk ahli-ahli majlis Shura juga dipotong sebanyak 15 peratus. Kerajaan Saudi bertindak sedemikian selepas harga minyak jatuh teruk seterusnya memaksa negara kaya di Teluk Arab untuk mengurangkan perbelanjaan selepas mencatat defisit bajet AS$100 billion (RM400 billin) pada tahun lalu.