BlackBerry akan berhenti mereka bentuk telefon sendiri dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada rakan kongsinya. Syarikat itu satu ketika dulu menjadi pembuat telefon pintar terbesar dan paling penting di dunia.
Pengumuman dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John Chen itu menamatkan spekulasi mengenai apa yang bakal dilakukan syarikat itu dengan perniagaan telefon pintarnya, yang secara berperingkat diambil alih syarikat seperti Apple dan Samsung.
Ia mencuba pilihan lain, seperti menggunakan sistem operasi Android Google dalam telefon yang dibangunkannya sendiri, namun ia tidak berhasil.
BlackBerry berharap untuk memberi tumpuan pada pembangunan perisian, namun langkah itu masih tertangguh.