Bermula detik jam 12 tengah malam tadi, bermulanya jualan murah atas talian yang menempatkan hampir 600 jenama yang merangkumi pelbagai kategori serta beberapa platform gedung atas talian ternama bergabung di bawah satu bumbung bagi memenuhi keperluan rakyat yang kini semakin cenderung untuk berbelanja secara online.
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan acara jualan murah atas talian #MYCYBERSALE 2016 yang berlangsung dari hari ini, 26 hingga 30 September 2016 untuk tahun yang ketiga.
Bukan itu sahaja, #MYCYBERSALE 2016 juga telah berjaya disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai acara jualan murah atas talian paling besar yang melibatkan lebih 600 peniaga yang terdiri dari pelbagai jenama termasuklah Kinokuniya, Levi’s, UNIQLO, Girdano, Dell dan banyak lagi. Syarikat penerbangan terkemuka seperti Malaysia Airlines, FireFly, AirAsia dan Malindo juga ada menyertai!
Jelas Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi MDEC, “Perdagangan elektronik di Malaysia mampu menyumbangkan sekurang-kurangnya RM170 bilion kepada nilai kasar keluaran dalam negara (GDP) menjelang tahun 2020.”
“Ia merupakan sebahagian penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi negara”, tambahnya.
Ayuh sertai #MYCYBERSALE 2016 hari ini! Sila layari www.mycybersale.my untuk keterangn lanjut.