Aktres dan model Izara Aishah terpaksa memohon maaf akibat dihentam hebat sesetengah warga Malaysia yang tidak selesa dengan gambar beliau di “runway” Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 semalam.
Sesetengah peminat memberikan kata-kata kesat dan lucah terhadap beberapa coretan media sosial yang menampilkan beliau dan rakan selebriti Kilafairy mengenakan pakaian sedondon ciptaan pereka Xema Su, kerana dianggap seksi.
“Maaf kepada yang tak selesa. Saya akan pakai lebih baik di masa hadapan,” kata beliau dalam satu coretan di laman Facebook rasminya.
“Saya terima semua teguran anda. Betul juga apa yang anda kata. Maaf ya. Pengajaran diterima.”
Coretan tersebut mendapat reaksi lebih 7,800 pengguna Facebook setakat ini.
https://www.instagram.com/p/BJVQSiLDpLf/
Reaksi positif Izara walaupun berdepan dengan kecaman segelintir rakyat Malaysia diterima baik oleh peminat beliau. Berikut merupakan beberapa komen teratas:
Schuhada Ayna: Saya rasa apa yang kamu rasa, Izara. Memang sebagai gadis akan suka muat naik gambar yang kita nampak cantik. Tapi jika pada masa sama gambar tu tak manis dipandang and mendatangkan fitnah makan kita kena kuat untuk turunkan coretan itu.
Sham Qhar Iqa: Baiknya Izara Aishah. Bukan mudah meminta maaf. Niat yang baik berfikiran positif.
Fazrin Kamaruzaman: Ni sebab kenapa saya suka sangat dengan Izara Aishah. Sangat positif dan dapat terima teguran dengan baik.
Akulah Ahmad: Izara memang seorang yang terima teguran dan berbudi bahasa. Moga kekal berjaya dalam apa jua bidang diceburi.
Izara dan Aishah mengenakan dua pakaian berwarna biru elektrik dan pic daripada koleksi Intimité ciptaan Xema Su, yang diinspirasikan daripada pakaian dalam dan waktu malam wanita.
Menurut laman Facebook Su, koleksi Intimité merupakan satu ciptaan yang “beralun, lembut dan ghairah” dengan menggunakan fabrik sutera romantik, kain jarang yang menggoda, dan renda.