Dahulu, para tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan hanya diberikan bunga telur atau telur rebus sahaja, tetapi kini, idea cenderahati atau doorgift untuk tetamu adalah lebih kreatif, unik dan menarik.
Seperti sudah menjadi trend di setiap majlis perkahwinan, pelbagai cenderahati perkahwinan diberikan kepada tetamu yang hadir. Sebenarnya, pemberian cenderahati perkahwinan bukanlah perkara yang wajib. Namun, tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan adalah sekadar untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis dan meraikan pasangan raja sehari.
Hari ini, kami kongsikan kepada anda 20 idea doorgift terkini yang unik dan menarik, yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat anda. Jom tengok!