Peminat K-drama di Malaysia dan Singapura sudah jatuh cinta dengan drama terbaru berjudul Scarlet Heart, sebuah drama adaptasi popular China yang sedang ditayangkan di saluran ONE. Bermula tayangan pada waktu sama di Korea 29 Ogos lalu dan sejak itu slot 9 malam setiap Isnin dan Selasa di ONE telah mendominasi 73 peratus siaran dan menjadi Top International pay-TV channel di Malaysia dan Singapura setelah menyiarkan sembilan episod pertama Scarlet Heart. Dengan ini, pihak ONE dengan berbesar hati akan mengadakan fan meeting penonton bertuah bersama Kang Ha Neul, merupakan salah seorang pelakon utama didalam drama tersebut.
Dimainkan oleh barisan pelakon hebat, Scarlet Heart masih mengekalkan originaliti cerita yang berasa dari China itu, dengan mengubah zaman Dinasti Qing China kepada zaman Korea Goryeo. Penyanyi dan penulis lagu juga aktres Lee Ji Eun (IU), memegang watak utama iaitu seorang wanita dari zaman moden yang terperangkap didalam kehidupan zaman dahulu. Lebih menarik, dia terlibat dalam kisah segi tiga percintaan dengan putera-putera zaman Goryeo, dilakonkan oleh Lee Joon Ki, Kang Ha Neul, Hong Jong Hyun, Baek Hyun (K-pop boyband EXO), Nam Joo Hyuk, dan Ji Soo. Selain itu, penampilan dari pelakon baru Kang Han Na dan penyanyi kumpulan terkenal Girl’s Generation Seo Hyun sebagai puteri.
Bagi peminat drama yang terlepas menonton, tayangan marathon akan bermula pada Ahad ini 2 Oktober dari jam 12:45 tengahari sehingga 1:00 pagi Isnin, 3 Oktober 2016 di Saluran ONE HD di Astro Ch 393. Setiap 11 episod pertama akan ditayang back-to-back dan jangan lupa untuk tweet #ONEScarletHeart. Anda juga boleh menonton drama kegemaran yang lain di OD atau di Astro on the Go.