Wanista.com https://wanista.com Wanita Fashionista Malaysia Fri, 04 Dec 2020 09:05:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5.1 https://wanista.com/wp-content/uploads/2020/10/cropped-Untitled-2-1-32x32.png Wanista.com https://wanista.com 32 32 58390834 Fasih Bahasa Jepun Dengan 5 Tips Yang Mudah Ini! https://wanista.com/2020/224030/fasih-bahasa-jepun-dengan-5-tips-yang-mudah-ini/ Fri, 04 Dec 2020 09:30:44 +0000 https://wanista.com/?p=224030 “Macam mana nak pergi melacong ke Jepun kalau bahasa Jepun pun tak fasih?” Kalau kamu mahu melancong ke Jepun, tidak menjadi masalah untuk berbahasa Inggeris. Tetapi tidak salah kalau kamu belajar beberapa perkataan dalam bahasa Jepun untuk memudahkan komunikasi di sana. Seperti bahasa Inggeris juga, pada awalnya sedikit susah kerana tidak faham selok belok penggunaan […]

The post Fasih Bahasa Jepun Dengan 5 Tips Yang Mudah Ini! appeared first on Wanista.com.

]]>

“Macam mana nak pergi melacong ke Jepun kalau bahasa Jepun pun tak fasih?”

Kalau kamu mahu melancong ke Jepun, tidak menjadi masalah untuk berbahasa Inggeris. Tetapi tidak salah kalau kamu belajar beberapa perkataan dalam bahasa Jepun untuk memudahkan komunikasi di sana.

Seperti bahasa Inggeris juga, pada awalnya sedikit susah kerana tidak faham selok belok penggunaan ayat dan perkataan tetapi apabila dilatih dan kerap mengulang, ianya menjadi mudah.

Jadi, apply konsep yang sama ketika mempelajari bahasa Jepun. Selain itu dengan hanya mengikuti 5 tips ini, kamu boleh kuasai bahasa Jepun dengan mudah tanpa perlu menghadiri kursus bahasa.

#1 Tujuan Dan Minat 

Mesti kamu pernah dengar ibu bapa mengatakan kalau mahu mempelajari atau melakukan pekerjaan, ia mesti disertakan dengan minat dan tujuan. Jika tidak, kamu pasti akan menghadapi kesukaran.

Foto – Savvy Tokyo

Sama seperti mempelajari bahasa Jepun, kamu perlu melihat kembali apakah tujuan kamu. Jika untuk belajar dan memahami bahasa ini, ianya akan menjadi mudah dan kamu akan enjoy mempelajari bahasa Jepun.

#2 Kenali Huruf Dalam Bahasa Jepun 

Pertama sekali, kamu mesti mengenali huruf dalam bahasa Jepun. Ia sangat penting kerana dari situlah kamu boleh menguasai kosa kata yang ada.

Foto – The True Japan

Sebagai permulaan, kamu boleh mempelajari huruf Hiragana, Katakana dan kemudiannya Kanji. Tulis setiap huruf yang ada dan hafal. Untuk memudahkan, kamu boleh menghafal setiap satu huruf dengan menulis semula huruf tersebut secara berulang-ulang kali.

Setelah yakin, cuba untuk sebutkan setiap satu huruf yang kamu pelajari tanpa melihat mana-mana rujukan mahupun bantuan orang lain.

#3 Tengok Rancangan Dalam Bahasa Jepun 

Strategi yang digunakan oleh orang Jepun bagi menarik ramai orang mempelajari bahasanya adalah dengan menghasilkan rancangan seperti anime. Melalui anime, ramai yang menjadi ‘taksub’ mahu dan menguasai kota kata bahasa Jepun dengan mudah dan cepat.

Foto – Life Wire

Tips ini sering dilakukan oleh ramai orang kerana mudah dan cepat. Ramai orang terutamanya lelaki ingin mempelajari bahasa Jepun kerana ia memudahkan mereka menonton rancangan dalam bahasa Jepun seperti anime tanpa memerlukan sari kata.

#4 Mendengar Lagu 

Seperti menghadiri kelas bahasa Jepun, kamu juga boleh mengambil bahagian dalam listening section untuk menguji kepekaan dan kefahaman terhadap bahasa Jepun.

Foto – Pinterest

Kamu hanya perlu mendengar lagu dalam Bahasa Jepun sahaja, ianya seperti menghadiri kelas listening ketika kursus bahasa. Cuba untuk dengar satu lagu untuk satu hari. Sementara itu, kamu boleh menyanyi sambil membaca liriknya.

Melalui aktiviti begini, kamu akan menemui dan mempelajari perkataan-perkataan baru serta  dapat menambah kosa kata bahasa Jepun.

#5 Bercakap Menggunakan Bahasa Jepun

Tips terakhir ini kamu boleh lakukan apabila sudah yakin dengan kosa kata dan pemahaman kamu tentang bahasa Jepun.

Foto – Thought Co

Cuba untuk bercakap dengan rakan yang mempelajari Bahasa Jepun atau orang Jepun sendiri. Dari sini mereka akan membantu kamu berlatih dan membetulkan cara penggunaan ayat, sebutan atau penambahan kosa kata.

Jadi jangan takut untuk berlatih bercakap menggunakan bahasa Jepun kerana ia boleh memperbaiki kesilapan kamu dalam bahasa ini.

Sekiranya kamu melakukan 5 tips ini secara berulang-ulang, tidak mustahil dalam masa beberapa bulan sahaja Bahasa Jepun kamu akan fluent dan faham akan maksudnya tanpa memerlukan bantuan.

RUJUKAN: 1, 2

The post Fasih Bahasa Jepun Dengan 5 Tips Yang Mudah Ini! appeared first on Wanista.com.

]]>
224030
Nutrisi Sebenar Ikan Tuna Dalam Tin Kamu Kena Tahu https://wanista.com/2020/224043/nutrisi-sebenar-ikan-tuna-dalam-tin-kamu-kena-tahu/ Fri, 04 Dec 2020 08:31:09 +0000 https://wanista.com/?p=224043 Ikan tuna dalam tin miliki lebih banyak nutrisi berbanding ikan segar? Kalau nak kurus, ikan tuna dalam tin adalah pilihan terbaik? Betul ke kenyataan di atas? Ikan tuna adalah salah satu jenis makanan laut yang paling popular dan sentiasa menjadi pilihan. Kita makan ketika sarapan, snek ringan, atau dibuat masak, ikan tuna pilihan seisi keluarga. […]

The post Nutrisi Sebenar Ikan Tuna Dalam Tin Kamu Kena Tahu appeared first on Wanista.com.

]]>
Ikan tuna dalam tin miliki lebih banyak nutrisi berbanding ikan segar? Kalau nak kurus, ikan tuna dalam tin adalah pilihan terbaik?

Betul ke kenyataan di atas? Ikan tuna adalah salah satu jenis makanan laut yang paling popular dan sentiasa menjadi pilihan. Kita makan ketika sarapan, snek ringan, atau dibuat masak, ikan tuna pilihan seisi keluarga.

Selain rasanya yang penuh, manis, tuna diakui sangat berkhasiat. Tuna adalah sumber vitamin B12 yang sangat baik, vitamin penting yang diperlukan untuk membuat DNA. Vitamin B12 juga membantu anda membentuk sel darah merah baru dan mencegah perkembangan anemia.

Foto – Mashed.com

Tapi bagaimana pula dengan ikan tuna dalam tin, adakah khasiatnya sama seperti ikan segar? Ikan tuna dalam tin mudah didapati dan tinggi protein, tetapi adakah ia sihat?

Nutrisi Ikan Tuna

Ikan tuna segar

  • Kalori ikan tuna: 31
  • Jumlah lemak: kurang 1 gram
  • Lemak tepu: kurang 0.5 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (25 mg), EPA (3 mg)
  • Kolesterol: 11 mg
  • Garam: 13 mg
  • Protein: 7 gram

Ikan tuna dalam tin, bersama minyak

  • Kalori ikan tuna: 56
  • Jumlah lemak: 2 gram
  • Lemak tepu: kurang 1 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (29 mg), EPA (8 mg)
  • Kolesterol: 5 mg
  • Garam: 118 mg
  • Protein: 8 gram

Ikan tuna dalam tin, bersama air

  • Kalori ikan tuna: 24
  • Jumlah lemak: kurang 1 gram
  • Lemak tepu: kurang 0.5 gram
  • Kandungan omega-3: DHA (56 mg), EPA (8 mg)
  • Kolesterol: 10 mg
  • Garam: 70 mg
  • Protein: 6 gram

Ikan Tuna Dalam Tin Bersama Minyak & Air

Ikan tuna dalam tin cenderung lebih tinggi garam daripada yang segar. Walau bagaimanapun, jumlah kalori dan jumlah lemak total dan lemak tepu bergantung kepada sama ada tuna dibungkus dalam minyak atau air.

Kandungan nutrien boleh berbeza antara jenama berdasarkan bagaimana tuna dibungkus, jadi sebaiknya periksa label.

Foto – Catatan Sue Izza

Ikan tuna yang dibungkus bersama air mungkin lebih tinggi asid docosahexaenoic (DHA).

DHA adalah sejenis asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan otak dan mata. Selain itu, tuna segar dan dalam tin adalah sumber yang baik dari beberapa vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin D, selenium, dan iodin.

Ikan Tuna Dalam Tin Baik Untuk Diet

Dapat disimpulkan, tuna berisi air dan minyak adalah sumber protein yang baik dan rendah lemak tepu. Walau bagaimanapun, tuna dalam tin yang dibungkus bersama minyak cenderung lebih tinggi kalori dan jumlah lemak.

Foto – Azhan.co

Jadi, tuna dalam tin adalah pilihan yang baik kerana ia rendah dengan kalori tetapi tinggi kandungan protein. Diet yang tinggi protein dikaitkan dengan manfaat penurunan berat badan, termasuklah cepat berasa kenyang dan kurang berasa lapar.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 123

The post Nutrisi Sebenar Ikan Tuna Dalam Tin Kamu Kena Tahu appeared first on Wanista.com.

]]>
224043
Apa Yang Wanita Perlu Lakukan Untuk Persediaan Malam Pertama? https://wanista.com/2020/223979/apa-yang-wanita-perlu-lakukan-untuk-persediaan-malam-pertama/ Fri, 04 Dec 2020 08:27:24 +0000 https://wanista.com/?p=223979 Rasanya mana-mana wanita pasti akan merasa perasaan berdebar, gementar, gemuruh, segan dan teruja bercampur-baur dalam diri tatkala menghadapi malam pertama bersama suami tercinta. Tapi apabila memikirkan diri bakal menghadapi malam pertama, membuatkan diri berasa gugup dan tidak tahu nak buat apa betul tak? Ini beberapa perkara yang boleh kamu lakukan sebagai persediaan untuk malam pertama! […]

The post Apa Yang Wanita Perlu Lakukan Untuk Persediaan Malam Pertama? appeared first on Wanista.com.

]]>
Rasanya mana-mana wanita pasti akan merasa perasaan berdebar, gementar, gemuruh, segan dan teruja bercampur-baur dalam diri tatkala menghadapi malam pertama bersama suami tercinta.

Tapi apabila memikirkan diri bakal menghadapi malam pertama, membuatkan diri berasa gugup dan tidak tahu nak buat apa betul tak?

Ini beberapa perkara yang boleh kamu lakukan sebagai persediaan untuk malam pertama!

Persediaan Mental Dan Fizikal

Foto – Huffpost

Sebelum menghadapi malam pertama kamu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dahulu, persediaan mental disini bermaksud kamu pasrah dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Manakala persediaan dari segi fizikal pula, kamu boleh lakukan dengan berkunjung ke spa untuk dapatkan urutan dan penjagaan tubuh badan khas untuk pengantin.

Bertenang

Mana-mana wanita pasti akan berasa gemuruh dan berdebar tatkala berada dalam bilik berdua dengan pasangan, tetapi cuba kawal perasaan kamu dan tenangkan hati serta fikiran.

Komunikasi Bersama Pasangan

Foto – Pop Sugar

Untuk mengurangkan rasa berdebar pada malam pertama kamu boleh berbual dengan pasangan, cuba bercerita saat kamu mula-mula bertemu dengan pasangan dan percayalah malam pertama kamu akan ditemani dengan memori kisah percintaan kamu dan dia.

Perlu Tahu Serba Sedikit Posisi Di Ranjang

Sebagai isteri kamu perlu tahu serba sedikit mengenai posisi di ranjang barulah malam pertama kamu dan pasangan lebih berahi dan mengasyikkan.

Perlu Sediakan Diri, Pengalaman Pertama Memang Menyakitkan

Foto – Good Dating Apps

Pengalaman malam pertama memang menyakitkan bagi mana-mana wanita, oleh itu kamu perlu sediakan diri secara mental untuk melaluinya.

Sediakan Bahan Pelincir

Sebelum menghadapi malam pertama elok kamu sediakan bahan pelincir di dalam bilik tidur, sama ada nak guna atau tidak ianya bergantung pada masing-masing.

Lingerie Seksi Untuk Naikkan Semangat Kamu

Foto – Arkib Wanista

Pemilihan lingerie sangat penting buat wanita terutama pada malam pertama, lingerie yang kamu pilih boleh menjadi kekuatan dan menonjolkan semangat serta diri sebenar kamu kepada suami.

Menghadapi malam pertama pastinya akan menyebabkan kamu dan pasangan menjadi segan dan juga kekok, dalam urusan di bilik tidur kamu dan pasangan perlu teroka secara perlahan-lahan untuk menikmati malam pertama.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat, selamat beramal♥

The post Apa Yang Wanita Perlu Lakukan Untuk Persediaan Malam Pertama? appeared first on Wanista.com.

]]>
223979
Rasa Macam Nak Deko Bilik? Cuba Beli Barang Dekat Shopee https://wanista.com/2020/223951/rasa-macam-nak-deko-bilik-cuba-beli-barang-dekat-shopee/ Fri, 04 Dec 2020 06:38:29 +0000 https://wanista.com/?p=223951 Hujung minggu selalunya ramai orang akan mula mengemas rumah, terutamanya bilik tidur. Bila tengok bilik yang tidak dikemas, ia boleh menimbulkan rasa semak dan serabut kerana susun atur perabot atau perhiasan bilik. Waktu inilah mula timbul idea-idea untuk menghias bilik supaya sejuk mata memandangnya dan berasa tenang bila berada dalam bilik. Dari susun atur sehinggalah […]

The post Rasa Macam Nak Deko Bilik? Cuba Beli Barang Dekat Shopee appeared first on Wanista.com.

]]>
Hujung minggu selalunya ramai orang akan mula mengemas rumah, terutamanya bilik tidur. Bila tengok bilik yang tidak dikemas, ia boleh menimbulkan rasa semak dan serabut kerana susun atur perabot atau perhiasan bilik.

Waktu inilah mula timbul idea-idea untuk menghias bilik supaya sejuk mata memandangnya dan berasa tenang bila berada dalam bilik. Dari susun atur sehinggalah ke warna cat, semuanya memainkan peranan penting.

Seronok apabila menghias bilik, tetapi bila check akaun bank, adakah bajet kamu mencukupi? Jika tidak kamu jangan risau, cuba scroll barangan-barangan ini di Shopee untuk realisasikan impian kamu!

Ruang Tidur 

#1 Rangka Katil 

Rangka Katil Ala LEIRVIK Ikea Tanpa Tilam [BELI]

Foto – Ikea Bedroom

Rangka Loft Bed [BELI]

Foto – Shopee

Rangka Katil Single [BELI]

Foto – Shopee

#2 Tilam

Tilam Super Single [BELI] / Tilam Single [BELI]

Foto – Simmons

Tilam Queen [BELI] / Tilam King [BELI]

Foto – Simmons

#3 Cadar 

Set 1 [BELI]

Foto – Shopee

Set 2 [BELI]

Foto – Shopee

Set 3 [BELI]

Foto – Shopee

#4 Bantal 

Bantal 1 [BELI]

Foto – Shopee

Bantal 2 [BELI]

Foto – Shopee

#5 Selimut 

Selimut 1 [BELI]

Foto – Shopee

Selimut 2 [BELI]

Foto – Shopee

Ruang Kerja 

#1 Meja 

Meja 1 [BELI

Foto – Shopee

Meja 2 [BELI

Foto – Shopee

Meja 3 [BELI

Foto – Shopee

#2 Kerusi 

Kerusi 1 [BELI

Foto – Shopee

Kerusi 2 [BELI

Foto – Shopee

#3 Lampu Meja 

Lampu 1 [BELI

Foto – Shopee

Lampu 2 [BELI

Foto – Shopee

Ruang Berhias 

#1 Cermin 

Cermin 1 [BELI

Foto – Shopee

Cermin 2 [BELI

Foto – Shopee

#2 Laci Dan Almari Baju 

Laci  [BELI

Foto – Shopee

Almari [BELI]

Foto – Shopee

#3 Bekas Alat Makeup & Skincare [BELI]

Foto – Shopee

Lain-Lain

Vinyl Floor [BELI]

Foto – Shopee

Karpet

Karpet 1 [BELI]

Foto – Shopee

Karpet 2 [BELI]

Foto – Shopee

Lampu

Lampu 1 [BELI]

Foto – Shopee

Lampu 2 [BELI]

Foto – Shopee

Rak Beg [BELI]

Foto – Shopee

Rak Tudung [BELI]

Foto – Shopee

Kotak Kabel [BELI]

Foto – Shopee

Troli Serbaguna [BELI]

Foto – Shopee

Rak Dinding [BELI]

Foto – Shopee

Langsir [BELI]

Foto – Shopee

Rasanya sekarang kamu sudah boleh kira-kira untuk membeli barang bagi menghias bilik tidur kamu. Selamat berbelanja!

The post Rasa Macam Nak Deko Bilik? Cuba Beli Barang Dekat Shopee appeared first on Wanista.com.

]]>
223951
Pakar Kata Pakai Foundation Setiap Hari Baik Untuk Kulit Tapi… https://wanista.com/2020/177488/pakar-kata-pakai-foundation-setiap-hari-baik-untuk-kulit-tapi/ Fri, 04 Dec 2020 06:00:57 +0000 https://www.wanista.com/?p=177488 Adakah kamu jenis yang tidak suka memakai mekap penuh setiap hari? Kita sering percaya bahawa memakai asas setiap hari hanya menyebabkan liang tersumbat dan merosakkan kulit, dan adalah baik untuk membiarkan kulit bernafas. Pertama, foundation boleh datang dalam bentuk cecair pelembap (jika kulit anda kering dan lebih matang), cecair bebas minyak (kulit normal) atau serbuk (kulit […]

The post Pakar Kata Pakai Foundation Setiap Hari Baik Untuk Kulit Tapi… appeared first on Wanista.com.

]]>
Adakah kamu jenis yang tidak suka memakai mekap penuh setiap hari?

Kita sering percaya bahawa memakai asas setiap hari hanya menyebabkan liang tersumbat dan merosakkan kulit, dan adalah baik untuk membiarkan kulit bernafas.

Pertama, foundation boleh datang dalam bentuk cecair pelembap (jika kulit anda kering dan lebih matang), cecair bebas minyak (kulit normal) atau serbuk (kulit berminyak dan berjerawat).

Selagi anda menggunakan solekan yang sesuai untuk jenis kulit anda, anda tidak akan mendapati liang pori tersumbat.

Apa kata pakar?

Menurut Nancy Woo, pengarah latihan serantau jenama kecantikan Jepun Shiseido, memakai foundation setiap hari sebenarnya baik untuk kulit, lebih-lebih sekarang dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada.

“Selain menggunakan produk penjagaan kulit, melindungi kulit juga sangat penting. Kebanyakan produk Shiseido mempunyai faktor SPF dan ia boleh melindungi kulit dari sinaran ultraviolet,” jelasnya.

Foto – Female Singapore

Manakala Dr Windie Hayano dari The Skin Inc. Dermatology and Laser Center turut bersetuju, padanya terdapat beberapa kebenaran mengenainya, terutama sekarang banyak produk telah berubah dan formulasi lebih baik.

Kebanyakan foundation kini mempunyai perlindungan matahari, kelembapan dan bahan aktif yang lain dicampurkan ke dalamnya seperti antioksidan.

Dr. Raissa Pasion dari SKIN Dermatology and Laser Center pula mengesyorkan untuk berhati-hati bila memilih foundation. Dia menjelaskan bahawa memakai foundation sahaja tidak cukup untuk melindungi kulit, yang bermaksud kita masih perlu memakai pelindung matahari setiap hari untuk berbuat demikian.

Foto – Real Simple

“Walaupun kami ahli dermatologi menekankan bahawa lebih baik menggunakan pelindung matahari secara berasingan, foundation dengan SPF juga baik jika individu itu tidak menggunakan pelindung matahari yang berasingan,” katanya.

Apapun jangan tidur dengan mekap, takut silap hari bulan rosak teruk muka yang cantik bersih.

RUJUKAN : 12

The post Pakar Kata Pakai Foundation Setiap Hari Baik Untuk Kulit Tapi… appeared first on Wanista.com.

]]>
177488
10 Gambar Mekap MUA Paling Buruk, Ada Yang Macam Alien https://wanista.com/2020/223932/10-gambar-mekap-mua-paling-buruk-ada-yang-macam-alien/ Fri, 04 Dec 2020 04:21:51 +0000 https://wanista.com/?p=223932 Bukan semua orang pandai bab-bab menyolek, MUA pun bukan semuanya hebat dalam bidang solekan ini dan yang hasilkan mekap yang buruk dan jadi pelik dibuatnya. Tapi kesilapan dalam menyolek bukan bermakna, mereka selamanya akan berada ditakuk yang sama bukan. Kebanyakan MUA akan mengasah teknik dan cara solekan mereka untuk jadi lebih baik dari hasil kerja […]

The post 10 Gambar Mekap MUA Paling Buruk, Ada Yang Macam Alien appeared first on Wanista.com.

]]>
Bukan semua orang pandai bab-bab menyolek, MUA pun bukan semuanya hebat dalam bidang solekan ini dan yang hasilkan mekap yang buruk dan jadi pelik dibuatnya.

Tapi kesilapan dalam menyolek bukan bermakna, mereka selamanya akan berada ditakuk yang sama bukan. Kebanyakan MUA akan mengasah teknik dan cara solekan mereka untuk jadi lebih baik dari hasil kerja yang dulu.

Walaubagaimanapun, memori disolek oleh MUA yang tak berapa berbakat pastinya akan diingati sampai bila-bila betul tak? Berikut adalah beberapa gambar mekap yang buruk dan hodoh, yang sehingga kini masih menjadi perhatian ramai.

Ini Mekap Zombie Atau Vampire?

Foto – Arkib Wanista

Lukis Kening Bukan Macam Ini!

Foto – Arkib Wanista

Bronze Dan Eyeshadow Over Sangat

Foto – Arkib Wanista

Ini Masalah Salah Konsep Atau Apa?

Foto – Arkib Wanista

Bulu Mata Terlebih Volume, Nak Pergi Mana?

Foto – Arkib Wanista

Apabila Stail Mekap Geisha Tak Menjadi

Foto – Arkib Wanista

Blink Yang Melampau

Foto – Arkib Wanista

Ini Kes Nak Jimat Krim Foundation Ke, Semua Sama!

Foto – Bored Panda

Over Sangat Mekap Eyeshadow Tu!

Foto – Arkib Wanista

Dah Macam Alien Pula Mekap Macam Ini

Foto – Arkib Wanista

Apa-apapun, kesilapan solekan yang dibuat pada masa pada masa lalu akan menjadi batu loncatan kepada MUA untuk menajamkan dan mengasah bakat dan teknik solekan agar jadi lebih baik dari dahulu.

Rujukan

The post 10 Gambar Mekap MUA Paling Buruk, Ada Yang Macam Alien appeared first on Wanista.com.

]]>
223932
Ganja Kini Diiktiraf Sebagai Ubat, Menurut United Nations https://wanista.com/2020/223938/ganja-kini-diiktiraf-sebagai-ubat-menurut-united-nations/ Fri, 04 Dec 2020 03:26:02 +0000 https://wanista.com/?p=223938 Ganja tidak melalaikan dan merbahaya! Setelah digunakan secara terapi selama ribuan tahun, United Nations akhirnya mengakui nilai perubatan pada ganja dan mengeluarkannya dari senarai ubat berbahaya yang diletakkan di bawah kawalan ketat. Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental, ia […]

The post Ganja Kini Diiktiraf Sebagai Ubat, Menurut United Nations appeared first on Wanista.com.

]]>
Ganja tidak melalaikan dan merbahaya!

Setelah digunakan secara terapi selama ribuan tahun, United Nations akhirnya mengakui nilai perubatan pada ganja dan mengeluarkannya dari senarai ubat berbahaya yang diletakkan di bawah kawalan ketat.

Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental, ia masih diharamkan di negara kita.

Digunakan Untuk Tujuan Perubatan

Setelah mendapat saranan dari pakar-pakar di World Health Organisation di UN Commission for Narcotic Drugs harus mengeluarkan ganja dari senarai ubat berbahaya antarabangsa untuk digunakan dalam tujuan perubatan.

Foto – Medium

Walaupun sekarang diakui sebagai ubat, ganja tetap dilarang untuk penggunaan bukan perubatan.

Prejudis Terhadap Ganja

“Keputusan awal (pada tahun 1961) untuk melarang ganja tidak mempunyai asas saintifik dan dibuat berdasarkan prejudis dan perkauman.

“Ini mengabaikan hak dan tradisi masyarakat yang telah tumbuh dan menggunakan ganja untuk tujuan perubatan, terapi, keagamaan dan budaya selama berabad-abad.

Foto – Harvard University

“Bahkan kerana prejudis menyebabkan berjuta-juta orang menjadi penjenayah dan dipenjara di seluruh dunia,” jelas Anna Fordham, pengarah eksekutif untuk International Drug Policy Consortium.

Lebih 50 Negara ‘Halalkan’ Ganja

Dilaporkan lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mengadakan program ganja perubatan. Selain itu, Kanada, Uruguay dan 15 negara di Amerika Syarikat telah menghalalkan penggunaan ganja. Mexico dan Luxembourg juga hampir menghalalkan ubat ganja.

Ini adalah berita menggembirakan bagi jutaan orang yang menggunakan ganja untuk tujuan terapi, dan mencerminkan realiti pasaran yang semakin meningkat untuk produk ubat berasaskan ganja.

Foto – phys.org

Ini kebaikan ganja – Kebaikan ‘Dadah’ Ganja Yang Ramai Salah Faham

Penggunaan ganja untuk perubatan telah wujud beribu-ribu tahun, digunakan dalam perubatan Cina pada abad ke-15 BC, begitu juga di Mesir dan Yunani.

RUJUKAN

The post Ganja Kini Diiktiraf Sebagai Ubat, Menurut United Nations appeared first on Wanista.com.

]]>
223938
Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam? https://wanista.com/2020/223911/sebenarnya-pimple-patch-betul-berkesan-atau-hanya-scam/ Fri, 04 Dec 2020 03:03:18 +0000 https://wanista.com/?p=223911 Boleh dikatakan sebagai kawan baik tidak kira lelaki atau perempuan, pimple patch ini selalu akan penuh di setiap bahagian muka yang berfungsi dalam menghilangkan jerawat. Kamu mesti pernah lakukannya, betul tak? Pimple patch ini mempunyai pelbagai jenis saiz mengikut jerawat. Ianya yang mudah didapati dan harga yang berpatutan, kamu boleh membelinya di farmasi atau kedai […]

The post Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam? appeared first on Wanista.com.

]]>
Boleh dikatakan sebagai kawan baik tidak kira lelaki atau perempuan, pimple patch ini selalu akan penuh di setiap bahagian muka yang berfungsi dalam menghilangkan jerawat. Kamu mesti pernah lakukannya, betul tak?

Pimple patch ini mempunyai pelbagai jenis saiz mengikut jerawat. Ianya yang mudah didapati dan harga yang berpatutan, kamu boleh membelinya di farmasi atau kedai kecantikan seperti Guardian dan Watsons.

Walaupun ada sesetengah orang yang menggunakan pimple patch ini berkesan dan ada yang tidak, sebenarnya ia betul-betul berkesan atau hanya sekadar trending untuk mereka yang mempunyai jerawat?

Sebenarnya Apa Itu Pimple Patch?

Pimple patch ini adalah adhesive sticker yang boleh dipakai secara terus pada jerawat dan dibiarkan untuk seketika.

Menggunakan hyrocolloid sebagai bahan utama dalam pimple patch, ianya juga terkenal dan digunakan dalam penyembuhan luka.

Foto – Allure / Healthline

Hyrocolloid ini digunakan adalah untuk menjadi pelindung dan menyerap cecair serta minyak dari jerawat sementara mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan seseorang itu breakout.

Sesuai untuk mereka yang mempunyai jerawat yang merah dan keradangan yang menyebabkan breakout kerana ia bantu mengeluarkan minyak berlebihan tanpa merengsakan kulit serta cepatkan proses penyembuhan.

Berkesan Atau…

Kebanyakkan pakar dermatologi akan menyarankan mereka yang mempunyai jerawat ini memakai pimple patch. Kenapa?

“Pimple patch dapat membantu jerawat sembuh dalam tempoh yang singkat. Terutamanya mereka yang mempunyai jerawat yang bernanah dan keradangan pada lesion.

Tetapi mereka yang mempunyai luka jerawat yang kering, whitehead atau blackhead, pimple patch ini tidak begitu berkesan ke atasnya.” – Papri Sarkar, MD

Foto – Girls Life

Dalam pada masa yang sama, pimple patch ini sangat sesuai bagi mereka yang sering sentuh setiap bahagian muka terutamanya jerawat. Ini kerana tangan yang kotor boleh menyebabkan lesion jerawat makin teruk dan sukar sembuh serta meninggalkan bekas luka.

Untuk pengetahuan kamu, pimple patch ini tidak berkesan kepada semua jenis jerawat. Ia hanya sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai jerawat papula yang semakin meradang di mana ianya menjadi bengkak merah dan lebam pada permukaan kulit.

Macam Mana Pimple Patch Berfungsi?

Penting untuk setiap orang faham tentang pimple patch dan jenis jerawat yang berkesan ketika menggunakannya atau tidak.

Walaupun pimple patch ini diwar-warkan sebagai merawat jerawat, tetapi ianya hanya merawat jerawat yang berada di permukaan kulit sahaja dan bukannya jerawat yang dalam seperti cystic acne.

Foto – Pink Villa

Pimple acne yang dibuat daripada hyrocolloid yang turut digunakan sebagai dressing bagi penyembuhan luka yang kronik. Jadi pimple patch ini boleh dikatakan sebagai mini-dressing untuk luka yang kecil di wajah.

Hyrocolloid yang digunakan pada bahagian wajah ini dapat menyerap cecair dan minyak sehingga jerawat menjadi kering. Apabila ia menyerap toksin yang berada di bawah kulit, pimple patch dapat lindungi zit daripada terdedah dengan bakteria luar, sinaran matahari atau tangan yang kotor.

Pimple Patch Yang Paling Best

Sekiranya kamu ingin cuba dan tidak tahu untuk membeli pimple patch yang mana, penulis ada beberapa cadangan yang boleh membantu kamu.

NEXCARE Acne Patch – Day & Night [BELI]

Foto – Watsons

Innisfree Bija Trouble Focusing Patch [BELI]

Foto – Hermo

OXY Acne Patch 0.03 [BELI]

Foto – Shopee

COSRX Acne Pimple Master Patch [BELI]

Foto – COSRX

MIACARE Acne Patch Day & Night [BELI]

Foto – Pinterest

Kalau sebelum ini, beli sahaja pimple patch dan tidak berkesan. Sekarang kamu dah tahu tentang pimple patch, jadi sesuaikan dengan jenis jerawat yang kamu ada, barulah ia boleh berkesan!

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Sebenarnya Pimple Patch Betul Berkesan Atau Hanya Scam? appeared first on Wanista.com.

]]>
223911
Wanita Kayuh Basikal 10 Batu Sambil Berbogel, Untuk Cari Dana Kesihatan Mental https://wanista.com/2020/223909/wanita-kayuh-basikal-10-batu-sambil-berbogel-untuk-cari-dana-kesihatan-mental/ Fri, 04 Dec 2020 02:19:06 +0000 https://wanista.com/?p=223909 Di London, seorang wanita sanggup mengayuh basikal sekeliling bandar London sejauh 10 batu untuk mencari dana untuk kesihatan mental. Tapi apa yang menarik di sini adalah, wanita ini mengayuh basikal sambil berbogel ketika mengelilingi bandaraya London untuk mencari dana mengatasi masalah kesihatan mental. Terpanggil Untuk Melakukan Sesuatu Foto – Get Reading Kerri Barnes terpanggil untuk […]

The post Wanita Kayuh Basikal 10 Batu Sambil Berbogel, Untuk Cari Dana Kesihatan Mental appeared first on Wanista.com.

]]>
Di London, seorang wanita sanggup mengayuh basikal sekeliling bandar London sejauh 10 batu untuk mencari dana untuk kesihatan mental.

Tapi apa yang menarik di sini adalah, wanita ini mengayuh basikal sambil berbogel ketika mengelilingi bandaraya London untuk mencari dana mengatasi masalah kesihatan mental.

Terpanggil Untuk Melakukan Sesuatu

Foto – Get Reading

Kerri Barnes terpanggil untuk melakukan sesuatu apabila melihat statistik kes kesihatan mental semakin meningkat naik, dan dirinya sendiri terkesan apabila tragedi bunuh diri berlaku pada salah seorang sepupunya.

Berbasikal Sambil Bogel

Foto – Ladbible

Idea berbasikal sambil bogel yang diberikan oleh rakan serumahnya, membuatkan Kerri berasa ianya sesuatu yang menarik untuk dilakukan.

Kerri menyahut cabaran berbasikal sambil berbogel pada bulan November lalu, disamping mencari dana Kerri juga menyebarkan tentang kesedaran kesihatan mental untuk mencegah keinginan bunuh diri dalam masyarakat.

Pentingnya Kesedaran Kesihatan Mental

Foto – Ladbible

Kerri yang terpanggil untuk melakukan sesuatu selepas melihat statistik kes bunuh diri kian meningkat dan ditambah pula dengan ahli saudara terdekatnya bunuh diri, menunjukkan betapa pentingnya kesedaran kesihatan mental dalam diri manusia.

Cari Dana Untuk MIND, Kayuh Basikal 10 Batu

Foto – Arkib Wanista via Ladbible

Kerri yang berbasikal secara bogel sejauh 10 batu di sekitar bandaraya London, bertujuan untuk mengutip dana bagi pusat kesihatan mental yang dikenali sebagai MIND, klik sini untuk derma.

Dirinya berharap dengan mengelilingi kota London sambil berbasikal dapat menarik ramai orang untuk menderma dalam tabung kesihatan mental ini dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental secara tidak langsung kepada orang awam.

Tidak dinafikan ramai sebenarnya mengalami masalah mental dan kini ditambah pula dengan penularan pandemik yang memaksa orang ramai menjaga penjarakan sosial, membuatkan diri diisolasi dan terpinggir dari masyarakat.

RUJUKAN

The post Wanita Kayuh Basikal 10 Batu Sambil Berbogel, Untuk Cari Dana Kesihatan Mental appeared first on Wanista.com.

]]>
223909
Menggelikan, 6 Selebriti Ini Sanggup Makan Serangga Untuk Protein https://wanista.com/2020/223863/menggelikan-6-selebriti-ini-sanggup-makan-serangga-untuk-protein/ Thu, 03 Dec 2020 09:30:03 +0000 https://wanista.com/?p=223863 Kembang tekak bila tengok selebriti-selebriti ini makan serangga sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan sumber protein secara original. Serangga yang dikatakan sebagai makan bagi sesuatu negara, etnik dan kaum. Lebih daripada 2 bilion manusia di seluruh Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah mengatakan serangga sebagai sumber protein yang terbaik. Terdapat lebih daripada 2000 spesies […]

The post Menggelikan, 6 Selebriti Ini Sanggup Makan Serangga Untuk Protein appeared first on Wanista.com.

]]>
Kembang tekak bila tengok selebriti-selebriti ini makan serangga sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan sumber protein secara original.

Serangga yang dikatakan sebagai makan bagi sesuatu negara, etnik dan kaum. Lebih daripada 2 bilion manusia di seluruh Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Amerika Tengah mengatakan serangga sebagai sumber protein yang terbaik.

Terdapat lebih daripada 2000 spesies serangga yang berbeza yang boleh dimakan. Dan beberapa selebriti ini telah dikatakan mengambil serangga sebagai rutin diet mereka.

Angelina Jolie Dan Anaknya

Serangga yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, Angelina dan anaknya gemar memakan serangga sebagai rutin diet mereka.

Menerusi BBC ketika merakam sebuah dokumentari di Kemboja, Angelina memberi isyarat kepada anak-anaknya untuk memakan cengkerik dan kemudiannya diikuti dengan tarantula.

Angelina dan anaknya yang gemar akan serangga memberitahu bahawa Maddox dan Pax memakan cengkerik seolah-olah mereka adalah Doritos.

Nicole Kidman 

Nicole Kidman mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada jumlah 2 bilion manusia yang memakan serangga.

Menerusi Vanity Fair’s Secret Talent Theatre, Nicole dilihat memakan empat hidangan serangga. Dia yang tidak membazirkan peluang itu, telah memakan kesemua serangga itu.

Dia juga mencadangkan penonton yang menonton video tersebut untuk mencuba cengkerik dan belalang goreng.

Zac Efron 

Zac Efron yang dilihat menemui penyelesaian kepada beberapa masalah, telah mengambil serangga sebagai makanannya melalui dokumentari Down To Earth.

Tidak asing dengan serangga dan beberapa binatang yang eksotik, Zac telah dicabar untuk memakan kala jengkin bersama roti bakar di rancangan George Lopez. Dalam pada masa yang sama dia juga mengatakan cengkerik di Taiwan lebih enak rasanya.

Justin Timberlake

Siapa sangka lelaki kacak sebegini suka memakan serangga. Pada pelancaran albumnya, iaitu Man of the Woods, Justin telah menyediakan beberapa menu yang menarik perhatian orang ramai.

Foto – Pinterest / Twitter

Antara menu yang dihidangkan olehnya adalah semut yang diselaputi dengan bawang putih dan minyak mawar serta belalang. Menu-menu tersebut dihidangkan oleh salah satu restoran yang terkenal di dunia, iaitu Copenhagen’s Noma.

Shailene Woodley

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Shailene Woodley? Pelakon ini pernah dikatakan memakan tanah liat dan bone broth dalam dietnya bagi ‘mencuci’ badan daripada toksin secara semula jadi.

Pada tahun 2015, dia mengatakan bahawa serangga merupakan masa depan dalam konteks makanan dan planet. Shailene juga mempercayai serangga sebagai sumber utama dan ramai orang boleh mendapat nutrisi daripadanya secara terus.

Serangga kegemarannya adalah semut dan June bugs.

Salma Hayek 

Ketika bersiaran secara langsung di rancangan David Letterman, Salma Hayek memberitahu kepadanya bahawa serangga merupakan makanan rujinya sejak kecil lagi.

Menu makanan yang pernah dimakan olehnya adalah semut goreng yang dimakan bersama guacamole dan belalang yang mempunyai rasa smoky.

Pelakon Mexico-Amerika-Lubnan tersebut juga mengatakan serangga goreng dijadikan sebagai minuman berakohol secara tradisional di Mexico.

Sesetengah orang boleh memakan serangga begitu sahaja tetapi ada yang tidak boleh menerimanya. Jika kamu melancong ke luar negara, pastikan dahulu makanan yang ingin dibeli, takut kamu termakan serangga.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Menggelikan, 6 Selebriti Ini Sanggup Makan Serangga Untuk Protein appeared first on Wanista.com.

]]>
223863