Seperti biasa bila tiba hujung tahun, kami akan senaraikan beberapa fesyen selebriti tempatan yang sentiasa stailista dan tampak menawan dengan gaya masing-masing. 10 selebriti Malaysia paling stailo tahun 2014 di bawah adalah pilihan Wanista dari segi pemerhatian gaya dan fesyen mereka.
1. Nur Fazura – Pelakon jelita yang mendapat jolokan Blair Waldorf Malaysia memang sentiasa tampak posh dalam soal berfesyen. Pemenang anugerah stail Eh! tiga tahun berturut-turut ini sentiasa nampk chic dan effortless dalam setiap penampilannya.
2. Scha Al-Yahya – Tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah buat pasangan Scha dan Awal yang kini bergelar ibu bapa selepas dikurniakan zuriat sulungnya, Lara Alana. Pelakon, model dan pengacara Scha Alyahya adalah antara selebriti tempatan yang boleh dikatakan tidak pernah fail dalam berfesyen. Isteri kesayangan pengacara Awal Ashaari ini sering dilihat bergaya ringkas namun masih nampak classy dan tersendiri.
3. Elfira Loy – Walau genit, itu tidak bermaksud anda tidak boleh bergaya. Jadikan Elfira Loy sebagai contoh. Mula dikenali dengan peranannya sebagai Qalesya di dalam drama hit Qalesya dan Amirah di dalam siri drama Disney : Waktu Rehat. Gadis comel yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti KDU gemarkan fesyen sesuai dengan umurnya serta dilihat sering berkongsi gambar padanan pakaian di laman sosial Instagram miliknya.
4. Nora Danish – Nora Danish, hot mama juga pelakon cantik yang sememangnya tak pernah kalah dalam bab bergaya. Sama ada denim, kemeja, dress, ataupun traditional outfit pelakon ini sentiasa tampil berketrampilan anggun. Malah, Nora boleh dikatakan antara selebriti Malaysia yang punya stail tersendiri dan sentiasa nampak fesyenista.
5. Yuna – Terkenal dengan fesyen turban menjadikan Yuna digelar sebagai ikon fesyen moden untuk wanita muslimah. Yuna dilihat bijak dalam menyuai padan setiap selendang yang dijadikan turban bersama outfit pilihannya. Bila diperhati, Yuna banyak memilih selendang daripada rona terang seperti merah hati, kuning mangga, hitam putih, floral, corak abstrak – kesemuanya nampak sangat in dan stail sekali.
6. Anzalna Nasir – Seorang lagi selebriti tempatan yang tidak jemu dipandang ialah pelakon Anzalna Nasir. Anzalna dilihat sering tampil feminin, mengenakan dress ataupun skirt dan rambut yang ikal mayang dibiarkan mengurai, ala-ala Rosalinda lagaknya ditambah lagi dengan gayanya yang manja. Cute & Sweet!
7. Sazzy Falak – Terkenal dengan imej bohemian, pelakon, pengacara, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu kepada kembar, Sazzy Falak ini berkata dirinya tidak lengkap jika tidak mengenakan sebarang aksesori. Walau ringkas bergaya, padanan aksesori akan memberi impak ke atas penampilan seseorang individu.
8. Neelofa – Pelakon dan pengacara Noor Neelofa telah mengambil kesempatan di bulan yang penuh berkat ini dengan mula tampil berhijab. Neelofa yang lebih mesra dipanggil Lofa mula berhijab selepas sahur pada hari pertama Ramadan lalu. Malah, penampilannya kekal menawan serta sopan dengan imej berhijab. Wanista suka sangat.
9. Nabila Huda – Pelakon berbakat Nabila Huda dikatakan berani dalam berfesyen dan sentiasa up to date. Mendapat jolokan antara artis seksi di Malaysia dilihat bijak suai padan fesyennya serta sangat daring dalam berfesyen.
10. Marion Caunter – Seorang lagi fesyenista sejati, pengacara Marion Caunter menjadi pilihan kami. Tidak lekang dengan designer bag di tangan, Marion juga nampaknya gemarkan menyarungkan kasut tumit tinggi baik pump heels, ankle boot dan wedges dalam gaya hariannya.