Pelakon Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan kononnya beliau memeluk Islam awal tahun lalu sebaliknya masih menganuti agama Kristian dengan mazhab Roman Katolik.
Hans atau Gerald Hans Isaac, 45, berkata perkara yang sebenar sepatutnya datang daripada dirinya sendiri dan bukannya pihak lain.
“Semua itu tidak betul! Apa sahaja hal mengenai diri saya, biarlah ia keluar dari mulut saya sendiri atau menerusi kenyataan dalam media sosial rasmi milik saya.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sudah memeluk agama Islam. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian,” katanya kepada Harian Metro.
Sebuah portal hiburan semalam memetik sumber, hero filem Nota itu memeluk Islam pada awal tahun lalu sewaktu berada di negeri pantai timur.
Dakwaan tersebut timbul dipercayai sewaktu pengarah filem itu menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran “Datuk” pada 6 Februari.
Bagaimanapun, Hans enggan mengulas lanjut mengenai sumber yang dipetik portal hiburan itu kelmarin.
“Saya sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini. Saya juga tidak kenal individu yang menyebarkan cerita ini kepada umum,” katanya.
SUMBER