Sering tidak berpuas hati dengan hasil gambar selfie anda? Mahukan gambar selfie secantik selebriti dan model seperti Nora Danish, Scha Alyahya dan Miranda Kerr dalam Instagram mereka? Kini, Groupon.my bersedia membantu anda dengan tawaran kursus dengan diskaun sebanyak 100% dan anda boleh jimat sebanyak RM888.00.
Kursus selfie? Biar betul ni.. smell something fishy? Kalau berdasarkan tarikh hari ini, 1 April, kami rasa anda betul, APRIL FOOL!
Meneruskan tradisi, Groupon.my, laman web sekali lagi “mengenakan” pengguna-penggunanya sempena tarikh April Fool 2014.
Baca juga lawak April Fool Groupon.my tahun lepas : [ Hiburan ] Groupon Tawar Tunggang Unicorn Rm9 Juta!
Tahun ini, Groupon “menawarkan” pula satu Online Selfie Course (Kursus Selfie Secara Atas Talian) yang kononnya bernilai RM888.00. Data, info dan grafik yang dipaparkan juga tidak ubah sama dengan penawaran yang lain.
Sekali imbas, memang tak perasan ianya satu “perangkap” bukan? Apabila dibaca barulah perasan yang sebenarnya ini hanyalah gurauan sempena Hari April Fool sahaja. Kursus selfie? Hrmm… tak kot…
Bagi mendapatkan lebih ramai “mangsa” , laman web ini juga telah menghantar email kepada semua pengguna Groupon tentang “tawaran” menarik ini.
Kreatif betul team Groupon.my ni, mungkin ini adalah strategi mereka untuk lebih mesra lagi dengan para pengguna. Kepada yang dah “terkena” sebelum membaca artikel, tahniah kami ucapkan ( hahahhaha) ! Kepada yang “terselamat ” (selepas membaca artikel ini) , sorry Groupon , we spoiled the surprise..:)
Groupon sebelum ini telah mengumumkan tentang “perolehan” mereka mendapatkan hakmilik intelek dan cap dagang (trademark) Hari April Fool secara tidak rasminya pada tahun 2011. Pengumuman tersebut dibuat secara berseloroh namun dalam erti kata lain, mereka telah menjadikan Hari April Fool sebagai “agenda rasmi tahunan” mereka. Apa pula idea mereka tahun hadapan ya?