Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis perkahwinan , tetamu akan diberikan cenderamata sebagai tanda terima kasih Jika dahulu, kebiasaanya tetamu hanya diberikan telur rebus yang diisikan di dalam kotak bunga telur , seiring dengan peredaran zaman, tuan rumah dan pengantin kini dilihat cenderamata yang lebih pelbagai. Malah pemberian goody bag juga sudah menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan.
Masing-masing punya citarasa tersendiri. Namun bagi penulis sendiri, Selain perlu bersesuaian dengan bajet, pemberian cenderamata ini lebih baik dalam bentuk barang yang boleh dimanfatkan oleh tetamu. Berbanding door gift seperti bekas seramik, rantai kunci , mug, bunga rampai dan pelbagai lagi cenderamata hiasan yang nampak cantik dan mahal. Kebanyakan tuan rumah yang memberikan cenderamata seperti ini mungkin menyimpan hasrat yang para tetamu mereka akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan , walhal, hakikatnya, daripada 500 tetamu, mungkin 5 sahaja yang berbuat demikian. Selebihnya hanya akan membiarkannya terbuang begitu sahaja.
Jadi pada pandangan kami, pemberian cenderamata berbentuk makanan lebih bermanfaat. Kami kongsikan beberapa idea yang boleh dijadikan inspirasi.
1. Telur rebus
2. Biskut
3. Kek cawan
4. Coklat dalam balang
5. Lolipop
Paling mudah dan murah, anda boleh berikan gula-gula atau telur yang diletakkan dalam bekas-bekas yang sedia dijual kedai menjual barangan perkahwinan. Satu lagi alternatif, anda juga boleh membungkus aneka kuih-muih tradisional seperti bahulu dalam plastik jernih dan letakkan dalam goody bag bersaiz sederhana kecil.
Apapun pilihan anda, kami nasihatkan , perbelanjaan mestilah mengikut bajet anda sendiri dan elakkan pembaziran. Janganlah terlalu cincai sehingga memberikan tetamu cenderamata berbalut tisu atau plastik semata-mata. Hanya sedikit ikatan hiasan seperti riben kecil sudah memadai jika anda mahu berjimat.