Kali ini, Jovian Ready-To-Wear (RTW) sekali lagi menyuntik sesuatu pembaharuan ke dalam aura pakaian harian anda dengan edisi baru dari J Casual. Pada masa yang sama, ia juga mengaplikasikan stail yang serba boleh dan juga mengutamakan keselesaan.
Koleksi ini menyediakan pelbagai pilihan untuk wanita untuk mereka menerapkan gaya yang ‘edgy’ dengan rangkaian pakaian jenis ‘basics’, pakaian untuk ke pejabat, dan pakaian untuk ke majlis malam yang memiliki sentuhan anggun di samping kelihatan kontemporari.
Selain itu, dengan menjamin kualiti dan kerja yang bagus, koleksi ini membawakan anda penampilan yang unik untuk koleksi harian anda yang dapat memberikan manfaat yang amat berguna.
Koleksi ini direka untuk mereka yang mengidamkan kecekapan dan mahukan sesuatu yang praktikal. Fabrik yang dipilih juga sesuai dengan cuaca di Malaysia seperti ‘crepe’, ‘linen’, ‘mixed cotton’, ‘satin’, ‘heavy chiffon’, dan juga sentuhan lace. Pada masa yang sama, koleksi ini juga amat sesuai bagi mereka yang mengagumi gaya minimal dan gaya yang ‘indefinable’.
Rekaan ini direka dengan tujuan untuk membawa gaya yang selesa, dimana ia merangkumi keseluruhan aktiviti para wanita dalam apa jua situasi, seperti wanita yang memiliki personaliti yang sentiasa aktif ataupun mereka yang menghargai waktu bersendirian.
Alamat Butik:
JStore Shah Alam, No 39, Level G, Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor +603-55243686
JStore Bangsar, No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur +603-20930112
JStore Parkson, Pavilion, Level 4, Pavilion Kuala Lumpur, No 35, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
JStore Bangi/JFO Bangi (Jovian Factory Outlet), No 50A, Jalan Medan Pusat 2C, Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor +603-89289667
JStore Kota Kinabalu, No 456, Miles 2.5, Jalan Tuaran Likas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah +6088-264588 / +6013-8613900
Pembelian Online: www.jovian.com.my/shop