Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-59 tahun, sebanyak 59 buah karya seni terpilih akan dipamerkan di White Box, Publika dari 30 Ogos hingga 7 September ini. Masuk adalah percuma!
Acara pra-tonton hasil seni ini adalah berikutan pelancaran rekaan tin edisi terhad minuman tenaga Red Bull oleh karyawan Fritilldea, seorang pelukis jalanan yang diinspirasi dari kebudayaan bangsa Malaysia, bermotifkan wau bulan.
Demi menggalakkan penglibatan anak-anak muda yang berbakat, Red Bull sekaligus memperluas kuasanya dengan menganjurkan satu peraduan istimewa di mana orang ramai diminta untuk menghantar hasil seni asli mereka kepada Red Bull yang berkonsepkan ceritera perjalanan hidup mereka.
Kesemua hasil seni yang dihantar untuk dinilai oleh para juri profesional temasuklah pelukis jalanan Fritilldea, artis kontemporari Ivan Lam dan Philip Wong. Hasil seni yang dipamerkan telah dipilih menerusi 332 buah karya secara keseluruhan.
Peraduan serta pameran seni ini dijalankan dengan jalinan kerjasama Balai Seni Visual Negara bertujuan untuk memperkasa para artis dan karyawan tempatan agar bisa memperluas, berkongsi kreativiti serta bakat mereka dengan masyarakat. Red bull sentiasa komited untuk mengetengahkan insiatif positif bagi mewujudkan komuniti yang cintakan seni.
Untuk keterangan lanjut, sila layari ehwaubulan.redbull.com
Galeri: Antara Hasil Seni Dari Pelukis-Pelukis Tempatan Yang Akan Dipamerkan