Manusia dan binatang terutamanya anjing dan kucing memang tidak dapat dipisahkan dan jika kamu adalah seorang pencinta haiwan, kamu pasti pernah menonton filem berkisarkan anjing dan tuan kesayangannya berjudul “Hachiko” kan?
Tonton Trailer “A Dog’s Way Home”
Melihatkan bulan Februari ini dilimpahi dengan kasih dan cinta bagi si pemilik jiwa, filem “A Dog’s Way Home” pasti akan mengubah persepsi kamu tentang definisi kasih sayang sebenar dan meski ramai orang bersetuju bahawa filem “Hachiko” adalah filem unik bertemakan anjing sepanjang zaman, “A Dog’s Way Home” kini bakal menyandang takhta tersebut sebagai ‘Filem Anjing’ baharu yang lebih segar dan layak mendapat 5 bintang!
Pada asalnya, Bella adalah seekor anak anjing liar baka Pit Bull -hidup membesar di sebuah tapak rumah usang yang bakal diruntuhkan buat selama-lamanya untuk pembangunan projek baru.
Suatu hari kawasan tersebut didatangi pihak berkuasa daerah Denver, Colorado, untuk menangkap kesemua kucing dan anjing liar yang berlindung di lokasi tersebut untuk tujuan pembersihan. Dalam tangkapan tersebut, habis kesemua adik-beradik Bella berserta ibunya juga turut diambil untuk dihantar ke pusat jagaan dan sejak itu, Bella hanya beribukan seekor kucing dewasa serta kawan-kawan kucing yang lain.
Hari berganti hari, Bella akhirnya didatangi sepasang manusia baik hati bernama Lucas dan Olivia. Sejak hari itu, Lucas yang merupakan seorang pelatih doktor merupakan tuan buat Bella.
Untuk pengetahuan semua, tujuh buah daerah di Denver, Colorado, memiliki peraturan udang-undang yang mengharamkan anjing spesis Pit Bull kerana mereka dianggap sebagai anjing paling ganas. Bella sering diancam olah pihak berkuasa membuatkan Lucas, lakonan Jonah Hauer-King, yang tinggal bersama ibunya, Terri, lakonan Ashley Judd disebuah rumah sewa kerap gelisah kalau-kalau suatu hari Bella akan ditangkap.
Salah satu cara untuk menyelamatkan Bella adalah dengan menghantarnya ke kawasan lain di luar Denver lalu Lucas bersetuju untuk memindahkan Bella buat sementara waktu sehingga dia dan ibunya menemui kediaman baru.
Bella kemudian tinggal dengan ibu saudara Olivia (teman wanita Lucas) di pinggir New Mexico dan tempat itu dikatakan 400 batu jauhnya dari Denver. Bella mulai merindui Lucas dan dia mencari cara bagaimana dia boleh pulang ke pangkuan Lucas sebelum akhirnya mampu melepaskan diri dan masuk ke hutan untuk pulang ke rumah tuannya, Lucas.
Selama berhari-hari, Bella mencari jalan pulang dan dia menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bahkan sempat berkawan dengan seekor anak harimau Kugar di dalam hutan belantara melihatkan ia mengambil masa hampir 3 tahun untuk Bella dapat mencari jalan keluar.
Bagi penulis filem ini bersifat santai namun bukanlah jenis filem gah yang mudah buat ramai penonton terpegun. Hanya orang yang mencintai haiwan akan menggemarinya.
Sempat juga penulis melirik kalau ada penonton lain yang menangis di dalam panggung sewaktu klimaks filem ditayang dan ya, boleh tahan ramai orang yang curi mengesat air mata. Apa-apa pun janganlah risau kerana filem ini berakhir dengan happy ending okay!
Tak dinafikan, “A Dog’s Way Home” memang syok, seimbang dengan pelbagai babak realistik dan ianya layak diberikan ! Bolehlah bawa anak-anak menonton hujung minggu ni.
Selamat menonton! ❤️