Jenama kesihatan dan kecantikan tempatan Satin Skinz dan TGV Cinemas, salah satu pelopor industri pawagam di Malaysia, kini telah berkerjasama selaku rakan kongsi lokasi bagi Satin Skinz @ TGV Cinemas Sunway Pyramid – usaha kerjasama yang pertama seumpamanya di antara jenama produk kecantikan dan sebuah panggung wayang di Malaysia.
Dalam usahanya mencari peluang terbaik bagi menonjolkan kepakaran mereka dalam bidang kecantikan, Satin Skinz telah memilih TGV Cinemas kerana bagi mereka, pawagam adalah tempat yang terbaik bagi jenama tersebut kerana ia adalah pusat tujuan ramai untuk mereka yang mementingkan keseronokan berhibur, sambil ingin memperlihatkan kecantikan diri.
“Kami amat berbangga dengan usaha kerjasama ini dan ia tentunya dianggap satu penghormatan bagi kami. TGV Cinemas mempelopori perkhidmatan terbaik dan pihak kami amat menyukai cara mereka menjamin kepuasan pelanggan mereka. Ia serasi dengan pendekatan jenama kami yang mementingkan keperluan pelanggan kami. Inilah sebab utama kami memilih Pawagam TGV Cinemas,” kata Mizatuladha bt Mangsor, salah seorang pengasas Satin Skinz.
Ditubuhkan pada Januari 2014 oleh sepasang suami dan isteri, Satin Skinz bermula dengan hanya satu produk tunggal. Dua setengah tahun kemudian, mereka mempunyai 10 produk kesihatan dan kecantikan yang berbeza, dari pemutih kulit kepada produk yang penuh dengan kebaikan anti-penuaan dan produk anti-jerawat, yang kini memdapat sambutan hangat di dalam dan di luar negara, seperti di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Sepanjang hubungan kerjasama ini, Satin Skinz juga akan menganjurkan pertandingan pada setiap bulan, yang akan bertempat di TGV Cinemas Sunway Pyramid.
“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Satin Skinz dalam usaha mereka mengiktiraf gaya hidup meriah para penonton di pawagam dan memahami landskap pengiklanan canggih hari ini. Pengiklanan di pawagam dapat mendekati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat dengan penyampaian yang berkesan dan penuh beremosi,” kata Celeste Koay, Ketua Perkhidmatan Pemasaran di TGV Cinemas.