Pertumbuhan pasaran perubatan estetik global adalah dianggarkan pada CAGR sebanyak 10.8% dari 2015 hingga 2020. Pasaran di kawasan Asia Pasifik dianggarkan mengalami pertubuhan tertinggi iaitu pada CAGR sebanyak 12.6% dalam tempoh lima tahun akan datang berdasarkan dari kajian yang dijalankan oleh MarketsandMarkets.
Pengguna semakin berminat dengan profil keselamatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh prosuder pilihan mereka. Kemajuan alat berasaskan tenaga dan rawatan ini adalah lebih kos efektif berbanding prosedur pembedahan konvensional. Oleh itu, populariti rawatan berasaskan laser akan meningkatkan lagi penggunaan prosedur laser di pasaran, yang akan mendorong pertumbuhan pasaran secara keseluruhan.
Alat laser konvesional bergantung terutamanya kepada kecederaan yang berasaskan terma atau haba pada kulit untuk menangani masalah estetik dan mencapai kesan yang diingini. Juga sering dikaitkan dengan dengan tempoh pemulihan yang kurang menyenangkan dan menyakitkan. Kini alat laser telah berkembang maju, Teknologi laser pikosaat PicoSure baharu kurang bergantung kepada kesan haba; sebaliknya merangsang kesan fotomekanik pada kulit bagi pemulihan kulit menyeluruh.
PicoSure digandingkan dengan Focus Lens Array adalah satu-satunya sistem pikosaat yang disesuaikan untuk mencerahkan dan memutihkan pigmentasi serta meningkatkan kolagen dan elastin. Kesannya adalah ringan, dengan kerosakan terma yang kurang ketara, risiko lebih rendah untuk menyebabkan pigmentasi selepas radang, dan tempoh pemulihan yang diperlukan adalah lebih singkat. US FDA juga telah meluluskan penggunaan laser pikosaat PicoSure untuk merawat tatu, luka berpigmen, parut jerawat dan kedutan.
Melasma merupakan masalah kulit yang biasanya dialami oleh wanita Asia yang umumnya berkulit lebih gelap. Rawatan laser Picosecond dapat membantu menangani melasma dengan berkesan dan mengurangkan pigmentasi. Konsep Picotuning rawatan yang berkesan untuk masalah melasma, ia penalaan halus protokol rawatan pikosaat untuk disesuaikan dengan keadaan kulit pesakit. Picotuning dapat mengurangkan risiko kesan sampingan seperti hiper- atau hipo pigmentasi dan ia merangsang proses peremajaan kulit dengan tempoh pemulihan yang minimal.
Senaman adalah jalan penyelesaian yang diterima umum untuk mengurangkan obesiti, namun kadangkala ia bukanlah cara yang paling berkesan untuk menyasarkan lemak degil di bahagian bawah perut, pinggang, peha dan pinggul. Obesiti dibahagian badan tertentu sering dialami oleh orang Asia berbanding dengan orang Barat, oleh itu aplikator laser yang terkini adalah jauh lebih kecil dan lebih diperhalusi untuk membolehkan pembentukan bahagian badan tertentu sebagaimana yang dikehendaki oleh orang Asia. Laser pembentukan badan terkini, SculpSure, hanya memerlukan 25 minit untuk hasil rawatan yang cepat dan berkesan. Selepas menjalani percubaan, lebih 90% pengguna memberikan maklum balas yang positif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cynosure.com/connect-and-learn/contact-us/ dan isikan borang perhubungan supaya wakil Cynosure dapat menghubungi anda secara langsung.