U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, mengumumkan, mulai hari ini, para pelanggan mereka akan dapat menikmati perkhidmatan penstriman video tanpa had, 24 jam setiap hari secara percuma menerusi Video-Onz™ bagi menonton video di Netflix, Facebook dan Twitter. Penambahan tiga (3) rakan kongsi ini menjadikan jumlah keseluruhan rakan kongsi terkini Video-Onz™ kepada dua puluh satu (21) setelah hanya empat bulan sejak perkhidmatan ini dilancarkan.
Mulai hari ini, pelanggan U Mobile tidak perlu risau tentang penggunaan data apabila menonton filem di Netflix secara penstriman video, tayangan siaran langsung di Facebook Live dan memuat naik atau menonoton penstriman video di Facebook dan Twitter.
Gandingan bersama Netflix, rangkaian TV internet terkemuka di dunia, dengan Video-Onz™, membolehkan pelanggan U Mobile menikmati filem dan rancangan TV asli Netflix seperti Stranger Things, The Get Down, Narcos, Marvel’s Daredevil; Making a Murderer, House of Cards, serta judul-judul bersiri kegemaran mereka seperti Suits, Gossip Girl dan Breaking Bad. Semua pelanggan baru Netflix juga akan menikmati tempoh percubaan sebulan (1) secara percuma.
U Mobile akan meraikan penyertaan gandingan bersama tiga (3) rakan kongsi baru Video-Onz™ ini dalam satu majlis pelancaran yang bakal diadakan awal bulan depan.
Untuk info lanjut, boleh ke laman web rasmi http://www.u.com.my/ atau Facebook http://www.fb.com/umobile.