Kemeriahan dan kehangatan di Rotterdam kian terasa bersempena dengan Anugerah MTV EMAs pada November akan datang !
Beyonce dan Justin Bieber, masing-masing mendominasi lima kategori. Tidak ketinggalan superstar Adele melayakkan diri dengan empat kategori, bersama pencalon kategori Best Rock iaitu Coldplay, Lukas Graham dicalonkan dalam Best New Act dan Shawn Mendes dalam Best Male. Pasangan kekasih Rihanna dan Drake dicalonkan didalam tiga kategori termasuk Best Song kolaborasi lagu hit mereka “Work”. Selain itu lagu “Hello” nyanyian Adele, “Sorry” Justin Bieber, soul-pop “7 Years” Lukas Graham dan lagu remix Seeb dari Mike Posner “I Took A Pill In Ibiza” juga tercalon didalam Best Song.
Khas bagi kategori Best Southeast Asia Act, Yuna dan Bunkface dicalonkan bersaing bersama penyanyi dari negara Asia Tenggara lain iaitu Đông Nhi (Vietnam), Gentle Bones (Singapore), Raisa (Indonesia), Sarah Geronimo (Philippines) dan Thaitanium (Thailand).
Undian kini dibuka di mtvema.com sehingga 6 November 2016. Jom undi sekarang!